Sunday, December 29, 2013

Bab 3 : Kerja kawin.

   "Mat! Cepat la, karang mak lambat pula sampai rumah Cik Besah tu."

   Dari jauh Zainab memekik kepada Khairil yang masih lagi mamai di birai katil. Bukan Khairil tu tidak tahu yang kawan baiknya Besah mengadakan kenduri kawin anaknya petang ini. Bukan dekat, nun jauh di Melaka.

   Zainab mahu sampai awal ke majlis kawan baiknya itu, walau selalu berchating di facebook, tidak sama perasaannya bila jumpa bertentang mata. Walaupun umur sudah menginjak 50 series, teknologi masih lagi dapat dikejar.

   Perlahan tangan mencapai S3 pemberian Khairil 3 bulan lepas. Facebook dibuka. Event dibuka. Alamat perutusan raja sehari diteliti. 'Zaman sekarang ni, tak payah kad. post dekat pesbok je' ngomel Zainab dalam hati sambil merenung lagi talifon ditangan.

   "Hai mak, ada pakwa baru ke? Sengih sorang nampak. Hihihi..."

   "Banyak la kau punya pakwa. Ni ha... mak tengah tengok alamat majlis Cik Besah kau tu. Berek Polis Air Keroh, ntah dekat mana. Mak bukan tahu sangat jalan negeri orang tu..."

   "Ala, tahu la si Mat tu mak... Kota Singa tu pun dia boleh redah, inikan pula Melaka. Hehehe... Orang da  siapkan nasi goreng kampung dekat dapur tu. Jomlah sarapan mak, sibok je dengan S3 die tu je, sampai dah tak ingat nak sarapan..."

   "Eh, jeles la tu..."

   Zainab berlalu ke dapur, sambil dibontoti anak sulungnya, tergeleng geleng kepala Siti memandang ibunya yang semakin maju mengalahkan dirinya yang masih menggunakan motorola L6.

   "Nasi goreng kampung je ke long? Kopi tak de?"

   Khairil yang baru keluar dari bilik air terus menuju ke arah meja dapur, diteliti nasi goreng kampung di dalam besen yang masih berasap lagi. 

   "Keropok tak ada ke?"

   Tambah Khairil lagi sambil menarik kerusi di sebelah Zainab yang bersedia mahu mencidok nasi goreng ke dalam pinggannya.

   "Kau, kalau tak nak tuala kau tercabut pagi-pagi ni. Lebih baik kau pergi pakai baju dulu, mak senduk kau nanti baru tahu. Bangun dah la lambat... Nak pergi Melaka... Bukan tahu jalan... Bla bla bla"

   Zainab membebel bagaikan halilintar memancar ke gegendang telinga Khairil "berdezup-dezup" bunyinya. Pantas Khairil berlari anak menuju ke biliknya untuk menyarung pakaian. Tak sanggup lagi rasanya menghadapi suara halilintar itu.

   Persekitaran majlis di kuarters perumahan polis agak meriah. Keriuahan, kecerian jelas terpancar pada wajah pengantin, ahli keluarga sahabat handai dan juga tetamu tetamu yang hadir. Semua bagai bersaudara, tersenyum.

   "Zai!!!"

   "Eton! Datang dengan siapa ni? Ya Allah... Lama sudah tak jumpa kau, rasanya raya 5 tahun lepaskan last kita jumpa. Masa arwah suami aku ada lagi."

   "Yelah, aku pun susah dapat cuti sekarang. Kau faham jelah, Aku datang dengan tu ha abang Mail kau tu dengan anak perempuan aku ni ha... Adik, salam cik Zai ni... Sepupu ummi ni, dulu sama sama kerja kebun dengan umi"

   "Besar dah si adik ni... Kau baru sampai juga ke Ton, sama la dengan aku, boleh makan sekali, borak lama sikit. Aku ni datang dengan anak bujang aku ni ha.. Eh, mana pulak budak ni... Bertuah betul budak ni, dia tinggal je aku sorang sorang."

   "Mak. Sorri Mat jawab talifon tadi, Ramai ni mak, Mat amik makan dulu lah ya."

   Khairil berbisik perlahan pada Zainab tanpa menggangkat muka seraya terus ke meja hidang untuk mendapatkan makanan. 2 pinggan seperti biasa. Memang dia faham sangat perangai emaknya kalau sudah berjumpa kawan berbual memang tak ingat nak ambil makanan.

   Kaki di langkah menuju ke meja bulat tidak jauh dari situ. Meja bulat yang  beralas kain berwarna biru lembut dihiasi bunga segar mencuri perhatian Khairil. Perlahan kerusi ditarik makanan diletakkan di hadapan Zainab dan satu lagi dihadapannya. Bersedia untuk makan.

   Perbualan rancak 2 orang saudara yang sudah lama tidak bertemu langsung tidak mengganggu suapan nasi ke mulut Khairil sehinggalah...

   "Yang adik ni kerja mana sekarang? dah kahwin ke belum ni?

   "Adik dah kerja dah Zai, mewarisi Eton. Hehehe.. Baru sahaja bertunang minggu lepas, tu pun kena paksa kak. Kalau tak, tak de le dia ni kahwin. Solo je."

   "La... Eton yang carikan ke? Kenapa la tak tanya Zai dulu, ni si Khairil anak Zai ni pun ada. Macam berkenan pula Zai dengan si adik ni, tapi dah terlambatkan... Tak ada rezeki la nak berbesan tak gitu?"

   Seraya itu kedua mata yang dari tadi tunduk mula mengangkat wajah. Khairil tergamam memandang wajah gadis berkurung biru disebelahnya. 'Sedara? Bertunang? Aduh!!!'

  Suraya memandang lelaki yang berkemeja biru lengan panjang yang disingsing lengannya sehingga ke paras siku. 'Mamat adidas?'

No comments:

Post a Comment