Wednesday, January 1, 2014

Bab 4 : Suraya.

   Kaki dilangkah perlahan melalui deretan kedai kedai runcit di bandar Mersing. Satu persatu kedai ditakluki Suraya, sesekali jam berjenama pasar karat itu dijeling. 

   "Su, jom pekena cendol dekat Kedai Hassan tu, dah dekat dah ni. Dahaga pula petang petang mcm ni."

   "Cendol Hassan? dekat mana tu?"

   "Dekat jalan Dato Mohd Ali tu la... Jom la..."

   Rizal sudah menapak menuju ke arah tempak mereka memarkir motor, terasa dahaga benar dia di petang terik ni. Bahang lain macam sungguh. Jam dipergelangan tangan dijeling.'2.45pm' lambatnya jam ni nak menginjak ke pukul 5.

   Motor diparkir, baju sweeter dibuka dan dilipat ke dalam raga masing masing. Dan mereka berdua mula melangkah ke arah meja yang kosong di dalam kedai mamak itu.

   Setelah membuat pesanan tangan mula menyeluk ke dalam saku mencari i phone yang baru dibeli 2 bulan lepas. Data dihidupkan.

   "Amboi, banyak notification, ke banyak meseg masuk? En tunang ke Su?"

   "Eh, tak la.. Bunyi wasap group la, dari malam tadi tak buka, biasa la ni. Entah apa yang dia orang borak, dah tak terbaca da, banyak sangat. Hehehe..."

   "La, aku ingat tunang kau yang muka cengeh tu. Hahaha..."

   "Kurang ajo la tu. Hahaha... Kau tak masuk dalam group 'Kaki Ronda' ke? tak nampak pula nama kau dalam group ni."

   "Dulu aku masuk, sekarang aku da leave group. Dah macam group gosip da, kejap-kejap bunyi, sampai bini aku pon naik jeles. Malas la aku. Hahaha"

   "Owh... Semalam si Hamid yang kena pindah pekan pahang tu dia tanya kau dalam group."

   "Dia dah call aku dah semalam, ajak aku ngeteh la. Bosan dia kate kat sana, tak macam Mersing. Aman harmoni."

   "La... Dia turun ke semalam? Lama dah tak borak dengan dia."

   "Kau ralat ke tak dapat jumpa dia? Tu la... time orang tu dok tergila nak kat kau, Jual mahal... Hahaha"

   Rizal tersenyum seribu makna kepada Suraya yang kelihatan tersenyum kelat. Kasihan dia pada Hamid, dia nampak bersungguh pada Suraya, entah kenapa gadis dihadapannya ini tiba-tiba menjauhkan diri. Hendak di tanya lebih-lebih takut pula di cop bizibody pula. Rizal menghidupkan data prabayar maxis miliknya. Meseg ditaip ringkas.

   "Ha... Cendol sampai, jom makan."

   'Timing betol cendol ni, jenuh nak membalas ayat bahaya tu.' Suraya pantas menghirup cendol laju mengelak dari meneruskan perbualan yang hanya menjerut lehernya sendiri.

   "Blup blup." Notification Facebooknya berbunyi.

   Mata menjeling kearah Iphone di sisi meja, Skrin yang bercahaya memudahkkannya membaca tulisan di screen Iphone. IM Facebook. Sudu cendol diletak di sisi. Perlahan tangan mencapai membace IM.

   "Awak! bila nak approve FB saya, mak saya, awak approve, saya, awak tak approve. Mengelat la."

   Kening di angkat sebelah. 'Sengal ke ape mamat adidas ni.' Suraya bermonolog di dalam hati, kepala digeleng beberapa kali sambil meneruskan suapan ke mulut.

   "Siapa? en tunang ke? Dia datang sini lagi ke?"

   "Eh tak la, dia kerja. Yang kau beria sangat dengan Tunang aku tu kenapa? ada masalah?"

   "Tak adalah, kalau tunang awak datang... Saya patah balik la." 

   Hamid menyapa entah dari mana, tiba-tiba sudah menarik kerusi di sebelah suraya, dan duduk bagai tiada apa yang berlaku.

   "Assalamualaikum Mid, amboi komplot..."

   "Waalaikumsalam... Makin cantik Su sekarang." 

   "Hahaha... saya hari ini cantik, semalam cantik, esok pun masih cantik juga... Hahaha...." Tawa disambut Rizal dan Hamid. "Dengar cerita ada orang tu mengadu Pekan tak best..."

   "Su tak ada, tu yang jadi tak best tu hahaha..."

   Suraya menelan air liur yang terasa pahit. Senyuman tidak iklas menghiasi bibir. Rizal yang dari tadi hanya menjadi pemerhati mula bersuara, dan berbual dengan Hamid yang masih belum dapat mengalihkan pandangan ke arah Suraya yang tersenyum kelat itu.

   Suraya yang serba salah mula mencapai i phone dan mula membalas IM mamat adidas, Dia tidak tahu mengapa dia membalas tapi dia rasa itu jalan terbaik untuk megalihkan tumpuannya pada Hamid. 

   "Kenapa saya perlu approve friends req awak?"

   "Sebab kan saya ni 2 pupu awak, kire sedara la kan... Cepat la approve."

   "Apa yang saya dapat kalau saya approve awak?"

   "Awak nak saya pun boleh. Hahaha...."

   "Sekejap."

   Suraya membuka akaun Facebooknya mencari nama Khairil Azman. Butang approve ditekan sekali. Profile mamat adidas yang bernama Khairil itu diskodeng.

   "1.1.1990." 'Der, adik ke... muke mature gila. Huhuhu... Skodeng kerja pula, ooo.. Kerja dekat singapore, kaya kaya. Gambar pulak, 3 keping je gambo? tu pon gambo motor je lebih. Huhuhu"

   "Dik, akak da approve da. Hahaha"

   "Ceh, setakat tua setahun, tak payah la panggil adik. Awak buat apa tu? tak kerja ke hari ni?"

   "Tengah kerja. Ni tengah ronda bandar, sampai pukul 5. Lepas tu dah boleh balik."

   "Awak kerja apa? kerja dekat mana?"

   "Suraya, Su..." Perbualan antara Suraya dengan Mamat adidas yang rancak terganggu dengan teguran Hamid disebelahnya.

   "Ha ye... Mid, ada apa?"

   "Su free tak esok. Nak ajak teman pergi CS la."

   "Esok, boleh... Eh, tak boleh, ada janji dengan en tunang. Maaf ye..."

   Jelas sungguh kehampaan diwajah Hamid, apa boleh buat janji dengan tunangan mana boleh di cancel. Senyuman terus sahaja terukir diwajah bila teringat akan tunangannya itu, mamat adidas, Rizal mahupun Hamid sudah hilang entah kemana.

   Pantas sahaja jejari runcing miliknya menaip meseg kepada en tunangan ringkas untuk mengingatkan pada perjanjian mereka esok hari.

   "Hamid, Rizal dah pukul 5 ni.. Su balik dulu la ye."

   Suraya mula mahu bangun untuk membayar seraya membelanja sekali kawan kawan, tetapi pantas tangannya ditarik supaya duduk semula dikerusi plastik berwarna putih itu. Suraya pantas menggangkat wajah memandang Hamid yang juga terkejut dengan perbuaatannya sendiri.

   "Su, sekejap... Kenapa Su macam lari dari Mid? Su tahukan perasaan Mid pada Su? tiba tiba sahaja SU bertunang. Kenapa?"

   Hamid meluahkan apa yang terpendam, semakin dipendam semakin senak rasa dada. Suraya yang tadi galak memandang matanya mula menundukkan wajah menarik perlahan tangan yang berada di genggaman Hamid.

   "Apa ni Mid, kita kan kawan... Su kenal Mid dari rekrut lagi, Su dah anggap Hamid macam abang Su. Jangan la macam ni, Su nak balik ni ye... Assalamualaikum."

   Laju sahaja kaki melangkah ke tempat parkir moto. Dalam kepala masih memikirkan cendol yang belum dibayar lagi tapi kakinya terus melangkah pergi.    

   'Kalau tak teringat janji aku dengan Hajar dulu, aku rase kau la tunang aku Hamid...' Keluh Suraya perlahan sambil menghidupkan enjin moto perlahan dan berlalu meninggalkan Hamid dan rizal di kedai cendol.

   "Sabar beb."

   Rizal memerhati kawannya yang bermain dengan sudu cendol. dikacau sehingga tiada lagi ais yang kelihatan. terdengar keluhan berat dilepaskan.

   "Aku tak faham la Zal, sebelum aku cakap nak kawin dengan dia... Dia ok je, bila aku cakap nak masuk minang terus die jauhkan diri... tup tup bertunang dengan orang lain. Aku tanya Husna budak rumah dia pun, Husna cakap tak tahu apa. Aku tak faham la Zal."

   "Tak apa la Mid, maksudnya dia bukan yang terbaik untuk kau... Sabar lah."

No comments:

Post a Comment