Wednesday, December 18, 2013

Bab 1 : Pertemuan dan perpisahan.

   "Teksi! Teksi! Teksi!"

   Jerit Suraya lantang, selari dengan lajunya langkah kaki membelah derasan hujan lebat. Malangnya, belum pun Suraya sampai ke bahu jalan, kereta sewa yang cuba ditahannya meluncur laju meninggalkannya termangu sendiri.

   Keluhan berat dilepas, perkiraan dibuat. Sama ada mahu berpatah balik untuk berteduh di hadapan pejabatnya, ataupun mahu meneruskan perjalanan ke arah perhentian bus yang hanya 200 meter dari tempat dia berdiri.

  "Alang-alang sudah basah ni, baik jalan sahaja ke bus stop. Kalau patah balik nanti, teksi tak nampak lagi, naya je..."

   Ngomel Suraya sambil melangkah menuju ke arah perhentian bus. Dari jauh kelihatan 2 biji motorsikal yang juga menumpang teduh di perhentian bus itu. 

   Suraya melirik kepada 2 orang penunggang motor itu, seorang agak berusia, dan seorang agak seusia denggannya. Pemuda itu bersweter biru ada lambang adidas di dada. berjeans biru gelap, berkasut sukan yang juga ada lambang adidas di kasutnya. Mata dikalih ke wajah, kulit hitam manis, rambut pacak pacak. OK lah...

   Lelaki bersweter adidas mengesot ke kanan memberi ruang kepada Suraya untuk duduk disitu,

   "Dari mana dik?"

   "Kerja."Tangan lantas menghala ke arah office. "Tahu, tadi orang kejar satu teksi ni, menonong je dia tinggalkan orang. Siot betol. Dah alang alang basah, terus je redah hujan pergi sini. Karang terlepas teksi lagi."

   Khairil tersenyum memandang gadis berbaju belang itu. Mesra alam sungguh, sepatah ditanya senoval dia dapat. Bukan dia tidak nampak adagen drama tadi tu. Dalam diam dia tertawa di dalam hati.

   Dipandang sekilas perwatakan gadis dihadapannya yang sedang berpeluk tubuh menahan kesejukkan hujan. Pelik. Bertudung coklet, berbaju belang (biru black-putih) berjam tangan merah menyala, berseluar jeans biru lusuh, berkasut kungfu yang berkilat kilat, berbeg tangan silang berwarna hijau pekat? Sudah macam warna luna. Khairil ketawa lagi di dalam hati, seperti ada sesuatu yang buat dia selesa dengan gadis luna itu.

   Mata dialih kearah wajah gadis yang..

   "Awak, awak kerja mana?"

   "Ha?? Apa? Tak dengar..."

   Khairil bertanya semula, pura pura tidak dengar soalan dari gadis luna itu. Malu sungguh dia kerana tertangkap mengusya anak dara orang. Itu bukan prinsip hidupnya, dia adalah seorang lelaki yang cool.

   "Tak adalah, saya tanya... awak kerja dekat mana? tak pernah nampak pun lalu dekat sini."

   Suraya tersenyum menampakkan lesung pipi kananya. Sesekali mata dihala ke arah jam tangan merah di tangan kirinya itu. 'Lambat lagi ke teksi ni...' rungut Suraya didalam hati.

   "Saya kerja dekat dekat dengan sekolah High School, dulu sekolah situ, sekarang kerja situ. Boringkan... Hehehe... Saya tengah cuti ni, tadi, pergi rumah kawan dekat Pontian. On the way balik, hujan lebat pula. Padahal tadi cerah je langit. Awak duduk mana? memang balik naik Teksi ya?"

   "Saya duduk area Tg Labuh, Caltex tahu? rumah org dekat taman belakang tu... selalu naik bus, tapi hari ni hujan. Orang naik mana mana yang sampai dulu la... Tapi rasanya bus da lepas, teksi pulak tak nak berhenti. Hurm..."

   "Kalau hujan sudah berhenti, tapi tak ada teksi, awak tumpang saya sahaja la."

   Pantas Suraya memandang pemuda adidas itu dengan pandangan yang pelik.direnung motor LC warna biru dihadapannya, kembali memandang mamat adidas atas bawah. 'Gila ke ape? tetibe je, ingat aku minah rempit ke ape?'

   "Urm... kan kita sehala. saya drop awak dekat bus stop taman awak tu. takot tak ade transport je nanti."

   Khairil menggaru kepala yang tidak gatal. 'Apasal aku boleh ajak dia naik moto pulak, ntah apa pula yang dia fikir pasal aku nanti. Ish...'

   "Eh, bus lah. babye awak."

   Suraya pantas bangun sambil melambai pada bus costal yang tertulis "Benut-Batu pahat" walaupun bus berhenti agak jauh, Suraya gagahkan diri membelah hujan lagi dan menaiki bus tanpa toleh ke belakang. 'psyco betol mamat tadi' Suraya menggeleng kepala sambil membuang pandangan ke luar tingkap.

   Khairil terduduk semula di bangku perhentian bus itu, dia tersenyum. Mesti gadis luna itu takut padanya. Tertawa dia sendiri, niat dihati tadi mahu bertanya nama gadis luna itu. Hurm... Hari yang menarik.

No comments:

Post a Comment