Thursday, December 19, 2013

Bab 2 : Gadis Luna.

   Motor ditunggang agak perlahan malam itu, sama seperti hari hari semalam. Ini bukanlah perkara yang luar biasa bila mahu keluar dari Singapura melalui satu satunya penghubung jalan dua negara. 

   Khairil menghela nafas panjang bila melepasi pintu kastam. Motor tetap ditunggang perlahan menyusuri Tambak Johor untuk menikmati keindahan bandaraya Johor baharu  dari atas Tambak. Perjalan menuju ke Taman Muhibah, Saleng terasa sebentar walaupun mengambil masa hampir 45 min.

   Motor Lc biru itu diparking di 7 Eleven yang beroperasi 24 jam untuk membeli rokok berkotak hijau itu. Perkara pertama yang Khairil lakukan selepas keluar dari kedai serbaneka itu tentu sahaja menghidupkan rokoknya. Asap dilepaskan dengan bangga.

   "Aya... kau nak Kotex yang macam mana? slim ke maxi?"

   Seorang perempuan yang berhenti di sebelahnya menjerit kepada perempuan di dalam kereta. 'Dah kau yang nak beli, suruh orang lain yang turun pula' Khairil berkata di dalam hati sambil berjalan menuju ke arah motor yang diparking bersebelahan kancil merah itu.

   "Slim... cepat weh..."

   Khairil memandang sekilas wajah perempuan di dalam kereta. 'Tak nampak pula muka dia.' Khairil meneruskan perjalanan kerumah. 'Slim ke maxi?'ada beza ke? Khairil ketawa dalam hati. Perempuan ni, susah betul nak faham.

   Ingatannya tiba-tiba terkenangkan gadis luna. Motor diberhentikan serta merta. 'Suara dia macam suara gadis luna.' kepala ditoleh ke arah belakang, jalan raya yang lenggang itu memudahkannya untuk berpatah balik ke 7 eleven. 

   Dia tak tahu kenapa dia berpatah balik, tetapi dia rasa dia ingin berjumpa gadis luna itu lagi. Harapan tinggal harapan, dia mengeluh panjang. Tiada lagi kelibat kancil merah di hadapan 7 eleven. Enjin motor di hidupkan semula dan ditunggang terus ke rumah.

   "Mat! Balik rumah muka serupa nasi basi juga. Apa kes? Semalam MU kalah bukan main happy, ni balik kerja muka masam. Hahaha... Patotnya aku la yang berduka cita. Hahaha"

   Khairil tersenyum memandang Azman sambil tangan kanan menarik pintu gril dan mengunci dari dalam. Pintu turut ditutup rapat, kaki dilangkah ke arah meja makan.

   "Kau tak payah nak selak tudung saji tu, sendiri tak bawak makanan ada hati pulak nak makan kat rumah. Hari ni aku tak masak, aku kirim Lim. Kau kalau nak makan kau order dengan Lim. Aku berkabung MU kalah semalam."

   Azman berkata bersahaja sambil mata masih lagi tertumpu ke arah screen laptop sambil tersengeh. 'o... semalam gelakkan aku sangatkan...' Azman bermonolog di dalam hati.

   "Ceh, touching semalam la tu. Tak apa, tak apa. Untuk mengubat hati kau yang luka itu, jom aku belanja kau makan dekat Muhibah cepat siap. Call Lim sekali."

   "Sekarang juga aku gegas. Hahaha"

   Khairil tersenyum memandang Azman yang meloncat bangun dari ruang tamu menuju ke bilik, bukan dia tak tahu dengan sifat suka makan free Azman itu. Sesiapan pun suka makan free dalam dunia ni kan. Khairil tersenyum.

   "Wei!"

   "Luna"

   "Berangan. Luna, Luna... Adik ni tanye kau nak minum apa?"Azman menepuk bahu Khairil, sambil menggeleng kepala beberapa kali.

   "Teh o tarik, dengan nasi goreng kampung extra pedas. Tomyam campur satu ye. Ha dik, bg sate 3 ringget sekali ye."

   "Tu je dik,"

   "Eh, kau dengan Lim.. tak order sekali ke?" 

   Khairil pelik, melihat budak mengambil order berlalu pergi.

   "Tu la berangan Luna Luna Luna... Aku dah order la, yang kau tak habis habis dengan Luna dia dari tahun lepas, kau pasti ke Luna tu orang? Hahahaha..."

   "Kau cakap cantik siket eh. Bayar sendiri."

   "Hahaha rilex ar brader. Gurau je la, kau belanje kan hari ni, aku tak bawak wallet ni. Hehehe, lama dah aku tak dengar kau sebut name perempuan tu. Aku ingat kau dah lupe dah dengan dia.

   "Tadi aku jumpa dia dekat 7E"

   "Serius? Betol la dia orang!Hahahaha"

   "**** kau! Menyirap."

   Khairil mengeluarkan kotak rokok dari kocek seluar, rokok dicapai disua ke mulut dan terus dihidupkan. Pandangan dibuang ke bahu jalan memerhati sesekali kereta lalu di kawasan itu. Dia berharap kancil merah untuk lalu di hadapannya sekali. 

   "Ok serius ni Mat. Hahaha... So, amacam jejak kasih kau tadi?"

   Azman yang masih berbasi tawa masih ingin tahu perkembangan selanjutnya kisah cinta tidak kesampaian Khairil yang berwajah mendung itu.

   "Aku tak sempat berbual pun, aku baru terperasan tu dia masa separuh jalan nak balik. Aku patah balik da tak ada da kereta dia kat depan 7E."

   Azman tersenyum memandang Khairil, bagaimana lelaki yang pendiam dan tak pandai bercakap dengan perempuan boleh kenal dengan gadis luna itu. Gadis luna itu pasti seorang yang cukup unik.

   "Halim! sini..."

   Azman melambai Halim yang baru memarkir motor di tepi warung itu. Azman kembali memandang Khairil yang membuang pandangan jauh ke arah jalan raya. Teringat peristiwa Khairil yang setiap hari pergi ke perhentian bus senggarang semata mata mahu menjumpai gadis luna itu.

   Tetapi jangankan nak jumpa orangnya bayangnya pun susah nak jumpa. Sampai satu hari dia terpaksa menconteng perhentian bus itu untuk meninggalkan pesanan kepada gadis itu.

   "Awak, awak dah tak balik naik bus ke?"

   Pesanan hanya tinggal pesanan, gadis luna itu terus hilang. Sehingga membawa Khairil membawa diri ke seberang tambak. Pertama kali jatuh cinta. Kelakar pun ada dengan si Khairil ni. 

   "Ha..." Khairil tiba-tiba bersuara dan tersenyum. Dengan bismillah dia makan dengan penuh selera.

   "Kau dah kenapa?"

   Azman tertanya tanya dengan sikap Khairil yang sangat tak terduga itu. Dia memandang Halim yang turut makan dengan selera sekali.

   "Aku sudah ada peningkatan, nama luna sebenarnya Aya! Hahaha aku berbangga dengan pencapaian aku. Hahahaha"

   Suapan diteruskan ke mulut, selera benar dia.

2 comments: